'Saya bangga dengan Sapawi'

'Saya bangga dengan Sapawi'

RASHID Sulong, 64 (tiga dari kiri) bersama anak dan menantunya menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Korea Selatan di mana anaknya, Safawi Rashid menyumbat dua gol membantu Malaysia menewaskan Korea Selatan 2-1. - Foto Rosli Ilham

DUNGUN: “Syukur dan syabas buat pasukan bola sepak negara yang berjaya menewaskan Korea Selatan.

“Sapawi membanggakan saya dan negara serta menggembirakan rakyat Malaysia,” kata Rasid Sulong, 64, bapa Sapawi, selepas pasukan negara menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam perlawanan bola sepak sempena Sukan Asia, di Jakarta, malam tadi.

Rashid berkata, dia bangga apabila pesanan kepada Sapawi untuk menyumbat seberapa banyak gol membuahkan hasil.

“Sapawi ada hubungi saya kira-kira jam 3 petang tadi. Dia minta saya doakan dan buat solat hajat untuk kemenangan pasukan negara dalam perlawanan malam ini.,” katanya.

Rasid berkata, beliau sempat menunaikan permintaan anaknya itu dengan menunaikan solat hajat selepas waktu Asar petang tadi, sambil berdoa Allah selamatkan pasukan negara dan menang dalam semua perlawanan.

“Saya bersama isteri, Salemah Abu Bakar, 56, serta anak dan menantu menyaksikan perlawanan itu dari awal hingga akhir.

“Riuh rendah rumah kami sepanjang perlawanan mencemaskan itu dan paling riuh ketika Sapawi menjaringkan gol, ” katanya gembira.

Beliau berharap dan akan terus berdoa pasukan negara akan terus menang dalam perlawanan seterusnya.

“Kami seisi keluarga dan tentunya seluruh rakyat Malaysia mahu negara bermain dengan cemerlang dan menjadi juara pada kejohanan ini.

“Tadi sebelum memutuskan perbualan, saya sekali lagi berpesan kepadanya supaya menjaringkan seberapa banyak gol yang boleh,” katanya.

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==